'TOLONG PULANGKAN RM3,000 SAYA'


Seorang wanita warga Malaysia, Sharmine, yang menetap dan bekerja di Korea mendakwa dirinya telah ditipu oleh dua wanita warga Malaysia yang melancong ke negara itu, sebanyak RM3,000. 

Niat asalnya datang ke sebuah guesthouse untuk membungkus makanan Bulgogi yang dipesan oleh majikannya. Kebetulan, terserempak dengan dua wanita terbabit iaitu Bazlin (pelancong) dan Aida (pemandu pelancong) yang ingin melihat guesthouse, lalu beliau membawa mereka melihat guesthouse tersebut. 

Malangnya, Bazlin terjatuh dan patah kaki. Lalu dia membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kos perubatan.

Berasa simpati dengan mereka, lalu dia menawarkan diri untuk mendahulukan wangnya dan mangsa bersetuju akan membayarnya semula apabila tiba di Malaysia. 

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak berbuat demikian atas alasan guesthouse akan lepas tangan. Berikutan itu, Sharmine bertindak menuntut semula wangnya sebanyak RM3,000, tetapi tidak dipedulikan.

Aida juga mendakwa Sharmine adalah kakitangan guesthouse tersebut menyebabkan mereka enggan membayar wang RM3,000 berkenaan.

Baca 'kronologi' yang dipetik dari Sharmine:

28 Ogos 2015, selepas maghrib.
Lokasi: Eid Guesthouse, Itaewon, Seoul, Korea

Baru balik, penat sangat daripada tour. Orang yang pernah bawa orang faham macam mana penatnya selepas kerja.

Singgah sebentar di Guesthouse sebab dipesan oleh boss saya untuk pack Bulgogi. Sampai di sana, ada dua perempuan Malaysia dan seorang lelaki Korea. Diorang nak tengok-tengok guesthouse macam mana. 


Bawalah jalan-jalan, tiba-tiba terdengar orang jatuh. Pergi tolong, selepas itu, tolong balut kaki dia. Dia kata dia tak mampu nak bergerak. Maka bawalah dia ke hospital.

Kos mahal nak mampus! Dia cakap dia tak ada duit. Tanpa berfikir panjang saya pun terus mendahulukan wang saya.

"Macam ini sajalah kak. Saya tolong akak, nanti akak bayar balik duit saya,". 



Setelah selesai semua perkara di hospital, aku temankan mereka sampai jam 12:00 pagi lebih. Sudahlah kena jadi penterjemah tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan. Kalau ikutkan, kos penterjemah bagi satu jam ialah 80,000 won (RM300). 

Dah bayar semua, dia berjanji akan bayar balik seminggu yang lalu setelah sampai ke Malaysia. Malangnya, sebelum balik Malaysia, dia dah mula buat hal.

Saya ajak dia jumpa polis Korea. Sampai di balai, polis Korea sendiri pun kata, perempuan yang bernama Aida ini dah bersalah. Tetapi masih nak melengahkan. 

Dia yang sepatutnya prepare for the insurance tetapi nak menyalahkan orang. 

"Saya tak akan bayar duit awak sebab nanti guesthouse akan lepas tangan," katanya. 

Pada masa itu aku dah tak tahu nak rasa apa. Aku tolong dia sebab dia sakit, sesama muslim, sesama Malaysian. Tetapi malangnya dibalas balik seperti ini. Hari ini dia buat hal lagi. Bila kita minta duit kita. 


Untuk ke 100,000 kalinya, aku memang tiada kaitan dengan guesthouse. Tak kiralah pertalian darah, hubungan perniagaan dan sebagainya.

Bazlin (pesakit yang patah kaki)
Aida (Tour guide a.k.a Toke Tour)

p/s: saya bukan anak orang kaya. Saya cari duit sendiri. Bagi pada ibu dan bapa, hantar pada adik-adik. Saya duduk seorang-seorang di Korea, tak ada keluarga. Kalau anda faham. 

Aida menyatakan mahu memfailkan saman malu terhadap Sharmine kerana memuat naik gambar, screenshot perbualan WeChat, serta nombor telefonnya. 

"Akak akan buat saman malu terhadap kamu dan kita akan bawa kes ini ke mahkamah sini. Dah melampau masuk Facebook.

"Kamu tahu kamu tak boleh claim dengan saya sebab bukan saya yang patah kaki. Saya akan buat laporan polis di sini atas sebab fitnah. Kamu tunggu. Jangan harap kami akan bayar. Kenapa takut nak bagi dokumen?

"Kamu telah menggunakan nama saya serta nama company saya dan ini serius matter saya akan bawa benda ini kehadapan. Kamu dah masukkan nama dan gambar saya. Kamu tunggu dan lihat," katanya melalui WhatsApp yang masih berkeras menyangka Sharmine adalah kakitangan guesthouse tersebut. 

"Jangan ingat kami orang Malaysia boleh ditipu. Nak bersubahat menipu orang Malaysia duduk guesthouse yang tak selamat.

"Akak maafkan kamu atas perbuatan kamu seikhlas hati walaupun kamu mengaibkan akak tetapi atas izin Allah jua," katanya yang membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharmine. 



Semoga masalah di antara dua pihak ini dapat menemui jalan penyelesaian dengan cara yang baik. Jika ternyata bersalah, usahlah malu mengaku salah. Pada pihak yang teraniaya, bersabarlah dan teruskan berusaha mendapatkan hak anda. InshaAllah Allah akan permudahkan segala urusan anda.
(Sumber: THEHYPEMEDIA.COM)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment