10 Tanda Dia Bukanlah Yang Terbaik Untuk Kita

Setiap manusia sudah ditentukan jodoh masing-masing. Cuma ianya cepat atau lambat. Tapi kita perlulah berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik untuk kita kerana hubungan yang dibina bukan hanya untuk setahun dua tapi untuk selama-lamanya. Mungkin ada antara kita tak dapat menilai adakah si dia merupakan yang terbaik untuk kita atau tidak. Berikut merupakan 10 tanda yang dia bukanlah yang terbaik untuk kita.


Tanda Pertama : Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu

Lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

Tanda Kedua : Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian, di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

Tanda Ketiga : Dia tak pernah menhiraukan tentang kesihatanmu

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.

Tanda Keempat : Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila pada dia, semuanya boleh.Sekiranya dia ingin kamu terpelihara, dia seharusnya menjaga diri dan maruah kamu juga. Bukannya mengambil kesempatan ke atas kamu.

Tanda Kelima : Dia tidak percaya dengan kamu

Kepercayaan adalah teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

Tanda Keenam : Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kahwin tugaskan kat dapur juga " . 

Tanda Ketujuh : Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya.

Tanda Kelapan : Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna" 

Tanda Kesembilan : Tiada "chemistry "atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu akan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ? 

Tanda Kesepuluh  : Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Si dia selalu memberi alasan apabila kamu ajak berkahwin.Mungkin dia bagitahu kamu dia akan mengahwini kamu setahun lagi tapi bila sampai masa, dia akan minta setahun lagi dan seterusnya.Tujuan kita perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? Itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Jika terdapat sepuluh perkara di atas, mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk kamu. Ingat, sayangi dan cintailah orang yang menyayangi kamu setulus hati.Bukan meyukai kamu  untuk kepentingan dan nafsu semata-mata. Semoga kita semua akan mendapat jodoh yang terbaik.

(Sumber: akupenghibur.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment