17 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia

Terdapat banyak tempat yang menyeramkan didunia ini. Ada sebilangan yang menjadikan tempat seram ini sebagai tempat adventure dan hiburan. Pada sesiapa yang teringin untuk merasakan seram yang luar biasa, MG cadangkan anda lawat ke 17 tempat paling menakutkan di dunia ini.

1. Pulau Boneka, Mexico


Di pulau yang terletak di selatan Mexico, terdapat banyak anak patung yang tergantung di atas pokok. Menurut kebanyakan pengunjung yang pernah ke sana, anak-anak patung inin  boleh dilihat bergerak tangannya dan berbisik antara satu sama lain.
2. Hutan Kematian Aokigahara, Jepun

Hutan tebal dan subur, biasanya memberikan daya tarikan yang kelihatan hebat dan menarik. Dan bagaimana pula dengan hutan kematian di Jepun ini? Hutan yang menjadikan tempat mereka yang ingin untuk menamatkan hidupnya. Pada tahun 2010 terdapat 254 yang cuba membunuh diri disini.
3. Poveglia, Italy
Poveglia adalah sebuah pulau yang terletak tersembunyi di Itali. Di pulau ini anda akan menjumpai banyak tulang, tengkorak dan bot tersangkut pada puntung tulang manusia. Khabarnya, sebelum  ini pulau itu menjadi tempat pembuangan mangsa yang terkena wabak.
4. Eastern State Penitentiary, Pennsylvania, USA

Mungkin sebagian besar kita belum pernah mendengar tempat yang menyeramkan ini. Tempat ini merupakan penjara dengan sistem Pennsylvania yang mana para banduan dibiarkan mati keseorangan dan dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1829 di penjara Eastern State Penitentiary, Amerika.

5. I.M. Cooling Tower, Belgia

Bangunan ini pernah menjadi sebuah stesen kuasa yang sangat besar.Kini tiada lagi aktiviti manusia didalamnya. Kilang yang mempunyai kapasiti yang sangat besar ini mampu menyejukkan selama kira-kira 480,000 gelen air setiap minit. Tetapi kini bangunan ini, telah menjadi salah satu tempat yang paling menakutkan di dunia.

6. The North Yungas Road, Bolivia


Jalan yang terletak di Bolivia, Amerika Selatan tidak pernah berlaku peristiwa mistik, tetapi jalan ini telah dianggap sebagai salah satu yang paling menakutkan di dunia. Pada tahun 2006 telah dianggarkan  200 hingga 300 pelancong telah menemui ajal di jalan ini

7. Lome Bazaar, Togo, Afrika



Di Negeri Togo, Afrika, anda akan menemui pasaran menjual barang-barang yang digunakan untuk ilmu hitam. Lome Bazaar merupakan salah satu tempat yang paling menakutkan di negara ini. Di pasaran ini, terdapat binatang segar yang baru dibunuh, rangka atau tengkorak, dan pelbagai jenis haiwan.

8. Willard Asylum, New York
  
Tempat yang pernah menjadi hospital psikiatri bertempat di New York ini mempunyai kapasiti kira-kira 4,000 pesakit. Sejak didirikan Hospital Mental, Willard Asylum,ia telah menyaksikan kira-kira 50,000 kematian. Tidak pasti, mengapa ia ditutup. Jelas sekali, ini membawa kepada Willard Asylum menjadi salah satu tempat di dunia yang menyeramkan.


9. Changi Beach, Singapore

Pantai Changi yang terletak di Singapura yang terkenal dengan peristiwa ngeri yang seperti kepala berterbangan, badan tanpa kepala berjalan di atas pantai, dan jeritan dan tangisan tentera meminta pertolongan. Bagi anda yang mempunyai keberanian yang tinggi, boleh menjadikan pantai Changi sebagai destinasi percutian anda.

10. Mirny Diamond Mine, Russia

Kebanyakan anda mesti tahu apa yang berlaku di laut Bermuda Triangle. Pesawat udara, kapal, dan sesuatu yang lalu di atasnya akan disedut ke dalam pusaran air di Segitiga Bermuda. Tetapi, tahukah anda, bahawa di kawasan darat juga boleh berlaku perkara seperti di Bermuda Triangle?


Tepat bekas lombong berlian, terletak di Rusia, ia telah menyedut helikopter yang terbang di atas lubang bekas lombong. Tiada sesiapa yang dapat menjelaskan secara terperinci mengapa ini boleh berlaku. Disebabkan itu Mirny Diamond Mine adalah salah satu tempat yang menakutkan di dunia.

11. Hashima Island, Jepang

Kawasan di sekitar lombong arang batu, yang terletak di pulau Hashima pernah suatu ketika dihuni ramai pendudukKini,disebabkan tiada lagi aktiviti manusia menjadikan pulau ini berhantu. Terdapat sebilangan besar bunyi misteri sangat menyeramkan di pulau itu.

12. The Hill of Crosses, Lithuania

Kurang menakutkan kerana bukit ini adalah semata-mata sebagai tempat ziarah campuran dengan beratus-ratus atau beribu-ribu salib suci. Orang-orang dari seluruh dunia beramai-ramai ke bukit yang dikatakan suci dan meninggalkan salib untuk memenuhi keinginan mereka. Walau bagaimanapun, apabila mereka datang untuk bermalam di atas bukit, tidak ramai orang yang berani!

13. Craco, Italy

Kehidupan manusia di Desa Craco, Italy terhenti  di tahun 1963 . Semua penduduk yang ada di kampung ini memutuskan untuk pindah ke beberapa tempat di sekitarnya. Entah mengapa para penduduk melakukan perpindahan secara serentak. Yang jelas, tidak ada satu pun penduduk yang berani kembali ke kampung tersebut.

14. Tuol Sleng, Kemboja

Sebuah sekolah yang terdapat di Toul Sleng, Kamboja telah berubah menjadi tempat para banduan untuk menghabiskan waktu semasa hidupnya. Terdapat juga cerita Penjara yang tadinya sekolah ini, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai. Lebih kurang 14,000 nyawa banduan hilang di penjara ini. Sebahagian besar para tahanan diseksa secara kejam hingga mati. Disebabkan peristiwa inilah, penjara ini menjadi tempat yang sangat menyeramkan. 

15. Miyakejima, Jepun

Apa yang anda rasakan apabila semasa hidup, anda habiskan dengan memakai topeng gas? Bila anda ingin merasakanya, kunjungi pulau Miyakejima yang terletak di Jepun. Di pulau tersebut, sebahagian dari penduduknya menghabiskan masa hidupnya dengan menggunakan topeng untuk melindungi diri dari Gas beracun yang dilepaskan oleh gunung berapi.
16. Edinburgh Castle, Skotlandia 

Terdapat sebuah longgokan tulang dan tengkorak manusia di istana ini. Apabila anda berada di sana jangan cemas apabila tiba-tiba suhu di ruangan tersebut menjadi sangat sejuk. Banyak kes penampakan berlaku di istana ini.
17. Bethnal Green Underground, London, United Kingdom

Ketika Perang Dunia II terjadi, terdapat ratusan orang yang dihukum mati di stesen kereta api bawah tanah yang terletak di London,UK. Sejak tragedi berdarah tersebut, terdengar jaritan  perempuan menangis dan budak kecil sehingga kini.


(Sumber: www.bermisteri.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment