EDRY MENGALU-ALUKAN CHE TA MENARIK DIRI DARI AF2015

Fuh! Memang panas..semakin panas isu Rozita Che Wan yang umumkan beliau menarik diri daripada mejadi juri tetap Akademi Fantasia 2015, kerana kononnya beliau tidak boleh bekerja dengan Edry KRU yang tidak mempunyai sikap profesional apabila Pengetua AF 2015 tersebut menegur  serta mengherdik kritikan beliau hanya sekadar membunuh semangat pelajar-pelajar program realiti berkenaan.




Membalas kenyataan Che Ta , Edry mengalu-alukan aktres itu menarik diri kerana sepanjang beliau menjadi juri AF2015 beliau banyak memberikan komen tidak wajar ataupun tepat terhadap peserta-peserta.
"Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF 2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihay ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberi komen yang tidak berasas dan saya setuju tentang hal itu".Malah, Edry tidak merasa menyesal menegur Che Ta dan beranggapan beliau berhak untuk menegur pengkritik jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Sudah lama saya perhati komen yang dia beri terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tabir.

Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada ditegur.Bagaimanapun saya tidak mengherdik dia seperti yang diperkatan dan pada masa sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu."


Pada kami senang sahaja, kalau Edry betul-betul bersikap tidak profesional beliau tentu sudah menegur Che Ta di khalayak ramai. Namun, teguran itu dibuat secara peribadi kerana sebagai seorang ahli muzik beliau mempunyai pendapat yang tersendiri. Apa salahnya Che Ta terima sahaja teguran dengan baik dan jangan cepat melatah?


(Sumber : mstar online)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment