Cupchai, Restoran Ala Hipster

 Harini MG mencuba makanan di Cupchai kawasan Uda Business Center, JB. Cupchai mempunyai beberapa francais disekitar Johor Bahru. Restoran Cupchai ni menggunakan konsep self service.Kita tickkan list makanan di kertas yang disediakan dan membuat pembayaran di kaunter. Nama akan ditanya ketika pembayaran.Kemudian, nama dipanggil untuk ambil makanan. Restoran ini didesignkan ala hipster. Nampak simple tapi cantik.
                   Design ala hipster yang menarik

  Harga makanannya walaupun sedikit mahal berbanding makanan dari restoran biasa, tapi portion yang diberi besar. Contoh harga nasi kukus dalam RM10 tapi ayam yang diberi quarter. Jadi berbaloi untuk kita makan disini. Harini MG mencuba nasi ayam kukus dan bandung special.
                   Nasi ayam kukus. Harga RM 10
                    Bandung special.Harga RM4.50

 Disini, MG order nasi kukus. Wife order spaghetti olio oglio. Kemudian selang beberapa minit selepas membuat pembayaran, waiter bagitahu spagheti olio oglio dah habis. Jadi boleh request makanan lain.Kalau makanan baru diorder  lebih murah, mereka akan refund yang lebih. Jadi wife pilih nasi kukus. MG dapat nasi kukus dulu. MG makan sampai habis pun wife punya nasi tak dapat-dapat lagi.Wife dah berkerut dah tahan lapar.  Lebih kurang 50minit macam tu baru dapat nasi kukus wife. Tapi kalini waiter tak panggil nama. Dia datang sendiri ke meja dan bagi nasi kukus tu. Waiter tu minta maaf sebab lambat hantar. Waktu dihantar nasi kukus, dia bagi sekali RM20. MG tanya kenapa. Dia cakap belanja. Tu dah dikira belanja nasi kukus MG sekali dah tu. MG respect pada layanan Cupchai ni pada customer.Bila ada silap macam terlambat hantar makanan tadi, diorang minta maaf siap refund lagi duit. Sebelum MG balik ada waiter lain pun cakap terima kasih dan sekali lagi minta maaf. Bagi MG restoran lain boleh jadikan Cupchai sebagai contoh apabila berlaku kesilapan pada customer. InshaAllah akan  bertambah-tambah rezeki Cupchai sebab belanja MG.
                                 TQ Cupchai belanja

Sesiapa yang berminat, boleh mencuba di Restoran Cupchai di JB .Untuk di kawasan Uda Business Center, restorannya bersebelahan dengan kedai telkung Siti Khadijah.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment