5 Laman Web Paling "Seram" Di Dunia Maya

Jika anda berfikir makhlus halus atau hantu suka tinggal di tempat-tempat gelap seperti hutan, bangunan kosong, atau tanah perkuburan, bererti anda sudah silap. Buktinya hantu ini sudah berjaya menembusi ke dunia maya ataupun internet.
Beberapa laman web ini didakwa sebagai laman web paling seram dan berhantu di internet kerana mempunyai alasan tertentu seperti berlaku kejadian ganjil, mistik malah  tidak dapat disahkan dan diketahui siapakah pemiliknya. Beberapa di antara laman web ini juga dikaitkan dengan pintu masuk ke dunia lain.
Tertanya-tanya bagaimana kisahnya? Berikut adalah 5 laman web paling berhantu di dunia maya yang kami ambil dari portal The Richest.

5. Youtube


Bukan laman web YouTube yang berhantu, tetapi seorang pengguna YouTube ini didakwa mempunyai kisah misteri dan sangat pelik. Pada tahun 2014, seorang pengguna YouTube dengan nama akaun Webdriver Torso memuatnaik lebih dari 74,000 video dalam masa hanya sembilan bulan.
Setiap video tidak mempunyai apa-apa kandungan kecuali objek berbentuk empat segi panjang berwarna biru dan merah, dan video ini mempunyai frekuensi suara elektronik. Satu-satunya video yang berbeza adalah video ke-10 yang menunjukkan sebuah gambar Menara Eiffel, disertai mesej yang berbunyi, “Matei is highly intelligent.”
Tidak ada seorang pun yang tahu siapa pemilik akaun YouTube tersebut. Kemudian,  akaun itu diserahkan kepada pihak Google. Namun pengguna YouTube ini masih tidak diketahui dan menjadi misteri hingga sekarang. Beberapa orang percaya bahawa video itu merupakan sebuah eksperimen EVP, yang digunakan untuk berkomunikasi dengan hantu melalui suara.

4. Death Timer


“Bila saya akan meninggal?” Mungkin itu adalah salah satu pertanyaan yang paling menakutkan dan seram. Tapi pertanyaan itu boleh dijawab dengan menggunakan laman web yang dipanggil Death Timer ini. Dengan mengumpul statistik  dari CIA, PBB, dan sumber lain, Death Time dikatakan mampu menjangkakan  umur seseorang dan menentukan tarikh kematiannya.
Setelah memasuki laman web ini, anda perlu menjawab beberapa pertanyaan. Kemudian anda boleh memilih batu nisan yang diingini. Setelah semua proses selesai, tarikh kematian anda akan dirungkai  tetapi sudah pasti ianya belum tentu benar! kerana hanya ajal maut terletak di tangan Tuhan.

3. The Marianas Web

Dikenali juga sebagai “Dunia Gelap Internet”, The Marianas Web merupakan laman web yang paling dalam, gelap, dan paling misteri di dunia maya.
Namun, kehadiran laman web ini dirahsiakan dan hanya boleh diakses oleh orang tertentu sahaja. Kononnya, untuk mengakses laman web ini memerlukan komputer jenis “high-spec” iaitu komputer kuantum, yang tidak mungkin anda jumpa di kedai-kedia komputer biasa.
Jika tiada  komputer ini, maka anda tidak boleh mengakses lawan web ini. Meskipun demikian, banyak orang yang percaya bahawa website ini bertujuan untuk melayani pengguna yang ingin masuk ke portal dunia digital.

2. Scientific Psychic

Ramalan adalah amalan masyarakat kuno yang digunakan untuk menghubungi roh-roh orang yang telah mati. Okultisme, kepercayaan terhadap hal-hal mistik dan luar biasa, meyakini bahwa roh-roh orang yang sudah mati dikatakan mampu meramalkan masa depan.
Papan Ouija adalah salah satunya alat yang didakwa digunakan untuk berkomunikasi dengan roh. Selain Papan Ouija, di dunia digital juga terdapat sebuah laman web bernama Scientific Psychic yang mampu melakukan hal serupa.
Ketika pengunjung bertanya “siapa kamu?”, sistem akan memberikantindak balas  dengan menjawab, “Saya roh psikik dari komputer yang sudah mati, TRS-80.” Laman web ini dipercayai sangat berhantu kerana boleh menjawab beberapa pertanyaan dari pengunjung.

1. Cthulhu

Laman web ini sudah tidak aktif lagi. Meskipun demikian misteri di sebalik laman web ini masih belum terungkap. Tidak seorang pun yang tahu maksud dari ayat  “Mati tapi bermimpi” yang muncul pada laman web ini dengan latar belakang hitam.
Setelah diteliti dengan lebih lanjut, laman web ini merujuk kepada seseorang individu  bernama Ling, yang secara kebetulan memiliki beberapa laman web aneh lain. Dalam laman web tersebut, Ling dikatakan menyimpan data sebesar 1 terabyte  Anehnya, laman web tersebut tidak boleh diakses sama sekali.
Yang menjadi pertanyaan dan perdebatan di internet, siapakah Ling itu dan dari mana asalnya? Beberapa orang menganggap bahawa Ling bukanlah seorang manusia tetapi adalah makhluk asing.
Adakah zaman sekarang hantu sudah mahir dan pandai menggunakan komputer?

(Sumber: Sajakongsi)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment