Tempat-tempat Paling Keras di Malaysia

Setiap tempat mempunyai sejarah dan mempunyai cerita menyeramkan yang tersendiri. Hanya mereka yang pernah mengalami ditempat-tempat tertentu sahaja yang dapat merasakan angker dan seramnya sesuatu tempat itu. Antara banyak-banyak tempat di Malaysia, 7 tempat ini yang popular dengan banyak cerita pengalaman berhadapan dengan kisah seram dari dulu hingga kini.
1. Simpang T – Georgetown – Pulau Penang 

Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School. Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

2. Instistut St. Michael – Ipoh, Perak
Pada perang dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang.
Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.


3. Rumah Banglo Mona Fandey 


Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.



4. Kemayan City Johor Bahru

Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai kompleks tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.



5. Highland Tower Kuala Lumpur
HIGHLAND TOWER, suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut ratusan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.


6. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.


7. Genting Sempah Karak

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
(Sumber:buzzcapt.com)

 

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment