5 Sebab Utama Mengapa Perempuan Berlaku Curang

Sekarang banyak kes kecurangan yang berlaku. Samada melibatkan lelaki dan juga perempuan. Tapi ramai yang tak tahu punca utama pasangan berlaku curang. Kali ini MG nak share 5 punca utama mengapa perempuan berlaku curang pada pasangannya.


                                                                 (Gambar sekadar hiasan)
  
1. Merasakan dirinya terlalu cantik

Merasakan diri terlalu cantik  dan over konfiden selalunya terjadi kepada perempuan. Dia merasakan dirinya terlalu cantik apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilannya. Harus diingat bahawa muka  cantik bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka  cantik? Tidak mungkin berlaku jika perempuan itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada lelaki yang tidak terlalu memilih perempuan cantik atau lawa untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada kaum hawa, janganlah terlalu merasakan diri terlalu cantik

2. Terlalu ego dengan perasaannya

Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang perempuan. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki dan perempuan,tapi bagi MG perempuan lebih kuat egonya. Apa yang membezakan seseorang perempuan dengan perempuan lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari lelaki lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai lelaki lain menyukainya

Perempuan akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai lelaki lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai lelaki lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.Selain daripada itu juga,perempuan juga akan memberi alasan-alasan yang boleh dikatakan “bodoh” untuk mencari sebab untuk ke pangkuan lelaki lain.

4. Belum bersedia untuk setia

Ramai perempuan yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya perempuan yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh lelaki juga antara penyebab perempuan membalas dendam. Mereka merasakan lelaki patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana lelaki. Ada juga penyebab lain menjadikan perempuan berniat membalas dendam kepada lelaki antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya,selalu dipukul oleh ayahnya,serta pernah diperkosa oleh ayahnya dan sebagainya.
                                                                            (Gambar sekadar hiasan)
Kepada lelaki, berhati-hati dalam memilih pasangan.Mungkin sebelum ini, dia curang kepada orang lain untuk mendapatkan anda. Tetapi ingat, mungkin anda seterusnya.Jadi, berhati-hati dalam memilih pasangan.Untuk perempuan yang memiliki ciri diatas,belajarlah setia untuk mencintai orang yang mencintai kita. Jangan pertaruhkan kasih sayang orang lain terhadap kita.
(Sumber:lalapost.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment