Lisa Surihani Nafi Gambar Bayi Tersebar Ialah Gambar Anaknya

Lisa Surihani telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu lepas. Pasangan itu masih belum mendedahkan wajah dan nama anak mereka, meminta diberi ruang untuk berehat. Walaupun begitu, ada pihak yang menyebarkan gambar seorang bayi, dan mendakwa bayi itu ialah anak Lisa dan Yusry KRU.
Melalui akaun Instagramnya, Lisa menafikan bahawa gambar yang tersebar itu ialah gambar anaknya. Menurut Lisa, gambar anaknya belum lagi ditangkap dan di muat naik ke mana-mana media.
 photo screenshotlisa.jpg
Sejak kebelakangan ini memang banyak berita palsu tersebar di media sosial. Ada kalanya, individu tertentu membuat berita palsu dan menyebarkannya dengan keterangan yang sensasi di media sosial supaya blog mereka diklik dan dibaca orang ramai. Tetapi beritanya tidak muncul, sebaliknya dipenuhi iklan. Atau beritanya sebenarnya berlaku tiga tahun dahulu. Atau paling teruk, ia sekadar berita palsu.
Seeloknya anda mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih sahaja bagi mengelakkan diri anda tertipu dengan clickbaiters ini.
 
(Sumber: beautifulnara)


Like Facebook Kami: MannzzGloriaz
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment