Rumah-rumah Hobbit Yang Pastinya Memukau Mata


Ukiran gaya rumah yang istimewa di Utara China di tepi bukit ini, yang dipanggil Yaodong, telah wujud sejak alaf ke kedua SM dan masih digunakan hingga ke hari ini. Perubahan suhu perlahan di setiap perubahan musim  menjadikan  tempat perlindungan bawah tanah ini mempunyai suhu yang sederhana sepanjang tahun.


Walaupun tiada siapa yang tahu dengan tepat bila desa kecil Matmata di Tunisia bawah tanah dibina, kewujudannya menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 1976 apabila Hotel Sidi Driss di sana dipilih sebagai set "Star Wars". Ia telah digunakan sebagai rumah zaman kanak-kanak Luke Skywalker di Tatooine. Pembinaan tempat perlindungan bawah tanah itu adalah untuk menjaga rakyat Berber yang tinggal di sana  dari dalam keadaan suhu sejuk, dari padang pasir yang panas dan juga memberi perlindungan daripada ribut angin.


Selama lebih 1,000 tahun, telah wujudnya rumah-rumah rumput, yang disatukan dengan landskap semula jadi di Iceland. Walaupun memiliki persamaan bentuk dengan rumah-rumah di Norway, Scotland, Ireland dan Greenland yang  dibuat oleh kurang berkemampuan, rumah rumput di Iceland ini telah dibina oleh seorang ketua tempatan.



Kawasan Loire River Valley di Perancis dipenuhi gua tempat  domestikasi yang dikenali sebagai "troglodyte homes". Penggalian batu di abad ke-11 telah menyebabkan kawasan bukit dan dataran itu berongga, dan tidak menghairankan, orang masuk ke dalam  dan tidak akan keluar lagi.


Kampung Kandovan di Iran sering digambarkan sebagai sebuah "koloni raksasa". Batu gunung berapi membentuk satu kelompok kecil gua berbentuk kon telah mencuri perhatian penduduk untuk mendudukinya. Pekan keci ini, telah menjadi satu destinasi pelancongan yang kerap dikunjungi.


Dibina pada tahun 1915, bandar kecil Coober Pedy di Australia terkenal dengan dua perkara : perlombongan opal dan rumah bawah tanah di mana kebanyakkan penduduknya tinggal. Coober Pedy bermaksud "lubang orang kulit putih" dalam bahasa orang asli. Apabila suhu siang hari yang melampau pada musim panas mencapai 120 darjah Fahrenheit,orang-orang disini akan mencari perlindungan di ruangan bawah Tanah.


Rumah Hobbit yang paling misteri sekali dari semua yang ada terletak di Whitefish Bay, Wisconsin. Tidak banyak yang diketahui tentang rumah bawah tanah ini, tetapi reka bentuk yang ganjil ini  diberi gelaran "The Door County Mushroom House".Sudah tentu rumah ini akan kelihatan menarik pada set "Lord of the Rings".




Tempat tinggal bawah tanah telah wujud selama bertahun-tahun, dan antaranya, seperti Earth House Estate L├Ąttenstrasse di Swiss, yang menggabungkan suasana rumah moden dan suasana rumah bawah tanah. Tanah di Switzerland, meliputi sembilan buah rumah berasingan, tasik buatan, tempat letak kereta bawah tanah dan tumbuh-tumbuhan.






Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman