10 Jambatan Paling Ekstrim Di Dunia

Jambatan sangat penting untuk menghubungkan satu kawasan yang lain,begitu juga jambatan yang paling ekstrim di dunia. Yang membezakan antara satu jambatan dengan jambatan yang lain adalah seperti jarak, ketinggian, dan lain-lain karakteristik yang akan membuatkan anda berasa gugup apabila anda berada di atas jambatan ini. Jika satu hari anda ingin mencuba untuk berada di tempat yang paling mencabar, mungkin anda boleh mencuba untuk merasai pengalaman jambatan -jambatan yang terekstrim ini. Dijamin semangat keberanian anda akan dicabar di sini.


1. Jambatan Immortal di China

The Immortal Bridge
Gunung Tai di wilayah Shandong China telah memiliki nilai budaya dan agama selama ribuan tahun. Ini adalah salah satu dari lima gunung suci dari Cina dan ia  berhubungan dengan kelahiran, fajar dan kebangkitan. Ketika anda mendaki sampai gunung Anda akan menemui Jambatan Immortal ini.Jambatan ini terdiri dari tiga batu besar dan beberapa yang lebih kecil. Di bawah ini adalah sebuah lembah dan  jurangnya yang tidak kelihatan dari atas. Tidak diketahui bagaimana batu-batu besar itu jatuh dan tersusun di tempat itu.Mungkin batu-batu jambatan alam itu telah ada sejak zaman ais lagi.

2. Jambatan Seven Mile di Florida
SEVEN MILE BRIDGE

Jambatan ini memiliki panjang sejauh 4.8km dan tinggi 65 kaki. Jambatan ini sebenarnya tidaklah menyeramkan tapi disebabkan sering dilanda ribut, jambatan ini akan menjadi tempat yang menakutkan jika dilaluinya ketika ribut. Jambatan yang berada sekarang ini adalah jambatan yang telah di bangunkan semula. Sebelum ini, jambatan ini tidak dapat dilalui kapal di bawahnya.

3. Jambatan Tali Inca, di Peru
QESWACHAKA

Jambatan tali Inca adalah jambatan gantung ngarai dan jurang  untuk memberi akses untuk Empayar Inca. Jambatan jenis ini digunakan kerana orang-orang Inca tidak menggunakan kenderaan beroda - lalu lintas terbatas pada pejalan kaki dan penternak.Jambatan adalah satu bahagian penting dalam sistem jalan Inca dan contoh inovasi teknologi Empayar Inca. Ia sering digunakan oleh pelari Chasqui  untuk menyampaikan mesej di seluruh Empayar Inca. Inca dibina dengan serat semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tempatan untuk membina jambatan. Gentian ini ditenun bersama-sama untuk menghasilkan tali yang cukup kuat dan kayu sebagai lantai telah diperkukuhkan dengan wayar.

.4. Jambatan Gantung Pulau Langkawi di Malaysia
Cable car viewing bridge - Langkawi, Kedah, Malaysia

Jambatan ini merupakan  jambatan langit di sekitar gaung di Pulau Langkawi, yang merupakan pulau terbesar di kepulauan Langkawi, Malaysia. Berada pada ketinggian 687 meter di atas permukaan laut, memberikan pemandangan Laut Andaman dan Pulau Thailand Tarutao . Pemandangan dari jambatan ini benar-benar membuatkan anda berasa gemuruh- lekuk jambatan memberikan perspektif yang berbeza dari pemandangan. . Kabel unik-jambatan digantung oleh hanya satu tiang penyokong. Tiang ini sepanjang 87 meter yang diikatkan dengan 8 kabel untuk penyeimbang.Jambatan ini mempunyai panjang 136 meter dan lebar 2 meter. Pada lebar 1.8 meter jambatan langit ini memiliki dua platform segitiga selebar 3.6 meter yang menyediakan pemandangan yang menarik bagi pengunjung. Dan ingatlah ketika anda ada di depan jambatan, anda berdiri 687 meter di atas permukaan laut. 

5. Jembatan Hussaini Hanging di Pakistan Utara
Hussaini suspension bridge, Passu - Pakistan

Dikenali sebagai jambatan yang paling berbahaya di dunia, Hussaini Jambatan Gantung adalah salah satu daripada banyak jambatan tali yang kritikal di utara Pakistan. Bagi kebanyakan orang, satu-satunya cara untuk perjalanan adalah dengan berjalan di gunung untuk sampai ke Rawalpindi.Pada 1978, Lebuhraya Karakoram telah siap dan telah menghubungkan dengan kawasan itu, tetapi 100 tahun yang lalu perjalanan antara wilayah masih sukar. Jambatan tali ini sangat panjang tetapi tidak dipelihara dengan baik. Banyak papan yang hilang.Angin kencang akan  menggegarkannya apabila anda menyeberangi jambatan. Walaupun ia kelihatan berbahaya, jambatan Hussaini adalah agak selamat dan telah menjadi sesuatu yang menarik pelancong, dengan banyak pendaki yang cuba untuk menyeberangi untuk menguji keberanian untuk menyeberang

6. Puente de Ojuela di Mexico
Puente de Ojuela

Ojuela merupakan sebuah perkampungan perlombongan kecil yang terletak di barat laut bandar Durango, di utara Mexico. Jambatan itu yang dikenali sebagai "Puente de Ojuela" (Ojuela Bridge) oleh penduduk tempatan. Jambatan asal telah direka oleh saudara terkenal Roebling, yang juga mereka bentuk Jambatan Brooklyn. Pada masa pembinaan, Puente de Ojuela adalah jambatan gantung ketiga terpanjang di dunia. Ia telah dibina semula baru-baru ini oleh syarikat Peñoles.
7. Jambatan Chesapeake Bay di Maryland
Tight and Light - Kite Over The Chesapeake Bay Bridge Tunnel

Jambatan ini menghubungkan timur dan barat pantai Maryland. Panjang jambatan ini sehingga 8km dengan tinggi 186 meter dari air. Jambatan ini sangat menyeramkan kerana sering terjadi ribut di jambatan ini serta kabus yang tebal sehinga mengaburkan mata ketika berada di atas jambatan ini.

8. Jambatan Aiguille du Midi di Perancis
Aiguille du Midi bridge

Terletak di puncak Aiguille du Midi di Mont Blanc berhampiran Chamonix, Jambatan Aiguille du Midi memiliki ketinggian 12,605 meter di atas permukaan laut. Pada ketinggian ini jangan terlalu banyak melihat kebawah anda akan menjadi pening. Bagi anda yang takut akan ketinggian mungkin tidak akan berani merentasi jambatan ini.

9. Jambatan Trift Suspension di Swiss Alps
Trift Fascination

Jambatan ini terletak di Trift Glacier, kota Gadmen di Pegunungan Alpen Swiss.Panjang jambatan ini mencapai 328 meter dan tinggi 558 meter. Jambatan ini dibangunkan pada tahun 2004 untuk menghubungkan kembali pejalan kaki ke pondok yang dibina.Pembaikan pada tahun 2009 menjadikan tempat pemegang tangan jambatan ini lebih tinggi dan menstabilkan kabel untuk mengelakkan dari berayun akibat tiupan angin. Tapi ianya tetap melonjakkan adrenalin.

10. Jambatan Capilano Suspension Bridge di Northern Vancouver, Kanada
Capilano Suspension Bridge

Ini merupakan jambatan gantung sederhana yang dibina pada tahun 1889. Jambatan gantung ini di kelilingi hutan cemara yang menjulang tinggi. Jambatan ini memiliki ketinggian mencapai 230 meter dengan panjang 450 kaki. Jambatan ini jadi menyeramkan kerana ketinggiannya .Jika anda melintasi jambatan ini,ia akan bergoyang goyang yang akan membuatkan anda merasa takut.
(Sumber:onewibid)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment