Tanda-Tanda Wanita Itu Menolak Cinta Anda

Pernahkah anda terpandang seorang wanita yang sangat menarik lalu ingin mendekatinya? Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya. Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya.




Berikut tanda-tanda wanita yang sebenarnya menolak pelawaan anda untuk menjadi pasangan anda:

1. Dia tidak membalas panggilan anda - Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar berita atau mendendangkan kata-kata romantis, ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tatkala anda menelefon dan dia mengelak menjawabnya, ia petanda awal anda bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika anda meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.

2. Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya -Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si gadis memberitahu anda nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia akin bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.

3. Tiada bahasa tubuh - Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.

4. Menolak pelawaan anda dengan baik - Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.

5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat - Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya.

(Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA)

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment