Lelaki Tipu RM700,000 Jual Beg Berjenama Guna Nama Che Ta

Jual beli secara online kini sudah cukup sinonim dengan kita semua,  kadang kala barangan yang dijual jauh lebih murah daripada harga kedai dan sekaligus ia memberikan kemudahan untuk kita semua. Namun, bukan semua orang mempunyai niat yang ikhlas dalam berniaga dan mengambil kesempatan ini untuk mencari mangsa demi manfaat mereka.
Terbaru, seorang kaki tipu di Instagram dengan nama Paris Shopping Heaven telah menggunakan nama selebriti terkenal Rozita Che Wan sebagai umpan untuk memperdaya orang ramai sehingga mencecah jumlah RM 700,000. Individu tersebut cukup  aktif di Instagram dengan menawarkan beg tangan berjenama buatan Eropah.
Sehingga kini sudah lebih daripada 30 orang mangsa tampil untuk membuat laporan polis selepas  suspek yang merupakan seorang lelaki daripada utara tanah air gagal untuk menyerahkan beg  tangan yang dibeli. Malah, beliau juga enggan mengembalikan semula duit yang telah dibayar.
Terkilan dengan apa yang berlaku dan membabitkan namanya, Che Ta sebelum ini telah mendedahkan setiap perkara mengenai kes tesebut di akaun Instagramnya dan meminta agar peminatnya berhati-hati dengan penipu berkenaan.
Saya berada di pihak yang benar dan mahu membantu mangsa teraniaya. Jumlah mangsa diperdaya bukan sedikit. Ramai yang terkena, takkanlah pengguna hendak tipu pula? Jadi saya terpanggil membantu sebab rasanya tindakan memberikan peringatan di Instagram itu wajar.
Jelas Che Ta, segala penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut terbongkar apabila bebera pelanggan mendedahkan perkara itu kepadanya dimana foto Che Ta turut digunakan sebagai bukti kononya beliau juga pernah membeli produk jualan Paris Shopping Heaven.
Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu.
No akaun penipu
Kalau betul dia tidak tipu,jangan takutlah. Tuhan akan sentiasa bersama orang yang benar.
Sebaiknya jangan pernah tertipu dengan harga yang kaw-kaw murah ditawarkan di Instagram.  Kalau ada perasaan was-was mungkin anda boleh Google dahulu nombor akaun ataupun telefon peniaga tersebut  sebelum menjadi mangsa.
(Sumber: beautifulnara.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment