Che Ta Tarik Diri Jadi Juri AF


Terus-terang, sejak Rozita Che Wan dilantik sebagai juri tetap Akademi Fantasia 2015 ramai yang berpendapat bahawa kritikan beliau agak tidak kena kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang nyanyian. Walaubagaimanapun, Che Ta kurang ambil peduli tentang komen-komen tersebut tetapi pada hari Ahad lalu semuanya mula berubah.

Dek kerana diherdik oleh Pengetua Akademi Fantasia 2015 iaitu Edry KRU, Che Ta mengesahkan beliau akan menarik diri daripada menjadi juri tetap utk program realiti berkenaan.

Che Ta nampaknya tidak boleh menerima sikap Edry yg disifatkan terlalu emosi  apabila anggota kumpulan KRU itu melenting selepas Che Ta mengkritik persembahan pelajar.
"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional & emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dlm program yang mendapat rating tinggi.

Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya."katanya.
Sementara itu, Edry menjelaskan tindakan beliau itu semata-mata utk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.



"Sebagai pengetua saya bersikap profesional & terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki,"ujar Edry.

Kita semua tidak boleh nafikan bahawa Edry KRU sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang nyanyian sudah tentu beliau tahu apa yang terbaik buat pelajar AF 2015. Malah, beliau mempunyai empayar bersama adik-beradiknya yang cukup membanggakan. Kepada Che Ta, janganlah mudah terbawa-bawa dengan emosi juga sehingga terus membuat keputusan sebegini & cuba utk bersikap profesional juga. Tak salah pun kalau anda cuba selesaikan hal ini secara baik dengan Edry.

(Sumber: Beautifulnara)
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman