4 JENIS MANUSIA YANG PATUT KITA ELAKKAN

Dalam hidup ni, bermacam-macam perangai manusia yang kita akan jumpa di sekeliling kita. Tapi ada beberapa jenis ni,kalau boleh kita elakkan supaya tak memberi masalah pada kita akan datang.


1) Berhutang Mulut Manis, Bayar Tak Mahu

Jenis ni memang kalau nak pinjam duit tu, alahai lembut gigi dari lidah. Berjanji bulan dan bintang. Kalau boleh nak dapat duit tu,segala perkara yang kita minta mesti dia akan tunaikan sebelum dapat duit. Tapi percayalah, selepas dapat duit, call tak angkat, mesej tak berbalas. Janji yang diberi tinggal janji. Silap-silap kita dimarahnya sebab minta hutang.

2) Depan Cakap Lain, Belakang Cakap Lain

Jenis manusia macamni boleh dipanggil sebagai bermuka-muka.Depan kita punyalah baik. Macam-macam pujian diberi. Tapi bila dibelakang,kita yang dijadikan mangsa umpatan dan kejian. Lagi teruk lagi, dia yang akan mengapi-apikan kita dengan orang lain dengan cerita-cerita fitnah.

3) Berbohong Selalu

Manusia jenis ni memang kalau ada kesempatan je akan berbohong. Dari perkara kecil sampailah perkara besar. Ada jer perkara yang akan diputar belitkan.Dah menjadi kebiasaan untuk menipu dan berbohong. Kalau dengar dari si dia ni, dari 10 perkara diberitahu mungkin satu jer perkara yang betul.

4) Cakap Besar

Jenis ni pun bahaya. Kalau jumpa dengan jenis ni, semua yang diberitahu melibatkan diri dia semua yang terlalu hebat dan tak hampir tak masuk akal. Dia kenal dato tu dato ni.Atau pun dia bercerita harta dia pnyalah banyak. Tanah beratus ekar,kereta ada 10 buah.Yang peliknya dia bercerita tanpa ditanya. Biasanya jenis macamni dia tak confident dengan diri sendiri.Jadi dia nak orang pandang dia hebat walaupun takdelah hebat mana.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment