Cara Membezakan Berus Bulu Babi dan Berus Lain


   Selepas MG post entri "6 cara bezakan daging lembu dan daging babi" tempoh hari, ada request dari pembaca yang minta MG share cara nak membezakan berus dari sabut dan berus dari bulu babi . Bagaimana untuk kita ketahui yang berus dipakai adalah dari bulu babi atau tidak?Untuk menentukan sama ada berus yang anda gunakan berasal dari bulu / rambut babi,kita  boleh mencuba satu cara yang sangat mudah .

Pembakaran Berus

Rambut atau bulu adalah protein yang dipanggil keratin. Keratin adalah salah satu daripada sekumpulan protein yang dikenali sebagai gentian protein.Gentian Protein mempunyai struktur panjang. Setiap haiwan mempunyai protein keratin dalam dermis (permukaan) pada kulit, kuku, paruh, sirip ikan, dan tanduk haiwan. Dalam kes protein, rambut / bulu yang mengandungi keratin apabila dibakar akan menghasilkan satu bau khas. Bau yang sama seperti apabila kita bau daging panggang.
 Jika berus yang diperbuat daripada gentian sawit atau serat apabila dibakar akan segera terbakar, dan tidak mengeluarkan bau yang khusus selain daripada bau pembakaran.


Memiliki Cabang Tiga
Babi adalah satu-satunya haiwan yang bulunya memiliki cabang tiga pada hujungya. Jika anda melihat berus anda memiliki cabang tiga pada hujungnya,lebih baik anda cuba elakkan.





Berus Bristle



 Selain ciri-ciri yang dinyatakan, berus yang diperbuat daripada bulu / rambut masih babi mempunyai perbezaan dalam warna. Berus yang diperbuat daripada bulu / rambut babi biasanya putih dan lembut.Harganya pula adalah lebih tinggi daripada berus jenis lain yang memiliki ciri sama. Berus putih dari bulu babi ini dipasaran biasanya disebut berus Bristle.Kita seharusnya berhati-hati dalam membeli membeli  berus . Elakkan membeli berus yang tertulis Bristle. Mungkin berus yang anda beli akan anda gunakan untuk mengecat rumah dan sebagainya. Dah tentu anda tak mahu rumah anda dilumur dengan najis.Andai kata anda masih ragu-ragu dengan berus yang anda beli, lebih elok anda menjalankan ujian seperti yang MG nyatakan di atas. Semoga sedikit info ni akan bermanfaat untuk kita.



حُرِّمَتْ    عَلَيْكُمُ    الْمَيْتَةُ    وَالدَّمُ    وَلَحْمُ    الْخِنزِيرِ    وَمَآ    أُهِلَّ    لِغَيْرِ    اللّٰـهِ    بِهِۦ    وَالْمُنْخَنِقَةُ    وَالْمَوْقُوذَةُ    وَالْمُتَرَدِّيَةُ    وَالنَّطِيحَةُ    وَمَآ    أَكَلَ    السَّبُعُ    إِلَّا    مَا    ذَكَّيْتُمْ    وَمَا    ذُبِحَ    عَلَى   النُّصُبِ    وَأَن    تَسْتَقْسِمُوا۟    بِالْأَزْلٰمِ    ۚ    ذٰلِكُمْ    فِسْقٌ    ۗ    الْيَوْمَ    يَئِسَ    الَّذِينَ    كَفَرُوا۟    مِن    دِينِكُمْ    فَلَا    تَخْشَوْهُمْ    وَاخْشَوْنِ    ۚ    الْيَوْمَ    أَكْمَلْتُ    لَكُمْ    دِينَكُمْ    وَأَتْمَمْتُ    عَلَيْكُمْ    نِعْمَتِى    وَرَضِيتُ    لَكُمُ    الْإِسْلٰمَ    دِينًا    ۚ    فَمَنِ    اضْطُرَّ    فِى    مَخْمَصَةٍ    غَيْرَ    مُتَجَانِفٍ    لِّإِثْمٍ    ۙ    فَإِنَّ    اللّٰـهَ    غَفُورٌ    رَّحِيمٌ    ﴿المائدة:٣﴾

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Maidah, Ayat 3)

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment