10 Tips Murah Rezeki

   Semua orang nak sihat, nak kaya dan nak umur panjangkan? Jadi MG nak share 10 tips murah rezeki. Kita bolehlah sama-sama amalkan. InshaAllah segala hajat kita yang kita impikan tercapai.


1.Bangun awal pagi untuk pergi kerja. Jangan bangun lambat pergi kerja nanti tak berkat.

2. Istiqamah dalam melakukan solat dhuha.

3. Perbanyakkan istighfar. Agar dosa-dosa kita terhapus.

4. Berzikir. Amalkan tasbih 33x, tahmid 33x dan takbir 33x.

5. Rajinkan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

6. Menunaikan hajat orang. Hajat yang baik-baik ye. Jangan hajat yang buruk lak.

7. Perbanyakkan bersedekah. Mungkin kita boleh belanja kawan makan. Takpun waktu solat di masjid, rajin-rajin menjenguk tabung.

8. Memberi makan pada haiwan.Beri makan pada haiwan pun dikira bersedekah juga.

9. Sentiasa mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan sesama manusia. Ini boleh menggugurkan dosa kita dengan manusia lain.

10. Jujur, amanah dan sentiasa ikhlaskan hati dalam bekerja dan berniaga.

   Semoga kita bersama-sama menjadi orang yang cemerlang didunia dan akhirat. ☺
(Kredit gambar: www.mozaikislam.net)
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman