Tips Memilih Produk Kecantikan Mengikut Jenis Kulit

   Kulit adalah anugerah terpenting yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Setiap manusia ingin mendapatkan kulit yang cantik untuk tampil lebih berkeyakinan. Sesuai peredaran zaman, pelbagai produk kosmetik telah dikeluarkan dipasaran dengan teknologi-teknologi terkini seperti teknologi nano dan sebagainya. Tetapi bukan semua produk kosmetik sesuai dengan semua jenis kulit. 

   Produk tertentu mungkin akan memberikan kesan terbaik kepada pengguna A tapi akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna B. Jadi elakkan menjadi pengguna kosmetik ikut-ikutan tetapi jadilah pengguna kosmetik yang benar-benar mengenali kulit anda. Pada entri kali ini MG akan share dengan anda penggunaan jenis kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda.


1. Kulit Kering


   Untuk wanita yang kulitnya kering, pilihlah penggunaan bedak/foundation yang jenis krim. Kalau anda mahu menggunakan bedak, gunalah bedak yang padat. Elakkan penggunaan produk kosmetik yang mengandungi minyak. Ini kerana produk yang berminyak akan membentuk garis halus pada wajah dan akan menampakkan wajah anda lebih kering.
   Bagi penggunaan lipstick/lipglos, pilihlah produk dengan pelembap yang cukup.Jika dapat, gunalah produk yang mengandungi aloe vera kerana ia mengandungi vitamin E yang bagus untuk bibir anda. Untuk menjaga kelembapan bibir anda, anda boleh menggunakan lipbalm.
   Bagi kosmetik untuk mata, anda boleh memilih produk eyeshadow dalam bentuk krim atau boleh juga memilih silk-textured powder eyeshadow.

  2. Kulit Berminyak
   Bagi yang menghadapi masalah kulit berminyak, anda bolehlah menggunakan kosmetik yang khusus untuk kulit berminyak. Untuk foundation, pilihlah produk yang bebas dari minyak atau anda juga boleh memilih matte-foundation. Untuk concealer, pilihlah bentuk krim, kemudian lapisi dengan loose powder atau bedak tabur.
   Untuk eyeshadow, pilihlah jenis eyeshadow powder dengan maskara yang waterproof.
   Bagi penggunaan lipstick, gunalah shimmer lipstick dan selalu bawa kertas minyak untuk mengurangkan kadar minyak pada wajah anda.

3. Kulit kombinasi
   Apa maksud kulit kombinasi? Ia adalah kulit yang biasanya berminyak pada kawasan tertentu seperti hidung dan dahi, tetapi kering pada kulit pada pipi. Untuk kulit jenis ini, anda boleh menggunakan foundation dan concealer khas untuk kulit kombinasi. Biasanya ia berbentuk krim atau powder.

4. Kulit Sensitif

   Bagi yang memiliki kulit sensitif, sudah tentunya perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk kosmetik untuk wajah. Jika anda salah seorang yang memiliki kulit sensitif, pilihlah jenis foundation cair dengan silikon.
   Bagi eyeshadow, gunakanlah jenis powder kerana ia mengandungi sedikit bahan kimia, dan elakkan penggunaan maskara yang tahan air. Bagi yang menghadapi masalah kulit sensitif, penting untuk memeriksa bahan yang terkandung dalam produk kosmetik anda.Pilihlah jenis kosmetik yang mengandungi bahan yang mampu mengurangkan kesan iritation pada kulit anda seperti Licorise Root, Chamomile dan Bisabol. Hindari kandungan bahan seperti Laureth-4,PABA, Isocetyl Alcohol,pewangi dll. Periksa bahan kosmetik yang anda pakai. Sesuaikah ia dengan kulit anda. Kalau tidak, carilah yang sesuai. Berilah produk kosmetik yang terbaik untuk kulit anda kerana ia adalah anugerah yang tak ternilai.




(Sumber:blog.shopious.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment