Senyuman Terakhir Aylan Kurdi

Perjalanan terakhir Aylan Kurdi sepatutnya membawanya ke rumah yang selamat - jauh dari  Syria, tempat yang tidak pernah berhenti dari perang.

Sebaliknya, ia berakhir dengan kematiannya di bandar yang keluarganya cuba melarikan diri.

Jasad Aylan tiba di bandar Turki di Istanbul pada hari Jumaat. Dari sana, ia akan dihantar ke rumahnya di Kobani, Syria, tempat  keluarganya  melarikan diri  dari perang dan pengeboman.

Mungkin senyuman budak comel ini akan pergi tetapi gambar yang menyayat hati ini akan terus hidup dan diingati.


Gambar-gambar ini yang telah memberi kesan kepada dunia dan menjadi simbol terbaru krisis pelarian di Eropah, menunjukkan badannya terbaring di pantai Turki. Dia memakai baju merah dan kasut hitam, mukanya sebahagiannya diselaputi pasir dan lembut ombak, seolah-olah dia sedang tidur.




Keluarga Aylan adalah antara ribuan pelarian yang  menaiki kapal rakit penuh sesak di lautan air bergelora Mediterranean.

Tidak tahan menghadapi konflik yang berterusan dan perjuangan untuk meneruskan hidup, mereka meninggalkan kampung halaman mereka untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan yang lebih selamat.

Aylan, berserta abangnya, Galip, 4, dan ibunya, Rehen, lemas ketika dalam pelarian. Bapa kanak-kanak tersebut, Abdullah Kurdi, terselamat.

Kurdi berkata beliau akan tinggal di bandar yang dilanda perang di mana isteri dan anak-anaknya telah disemadikan bersebelahan dengan satu sama lain.


GAMBAR KRISIS PELARIAN DI EROPAH








MG berharap dengan kejadian yang menyayat hati ini dunia akan membuka mata terutama negara-negara Islam untuk membantu pelarian-pelarian umat Islam diseluruh dunia. Alfatihah untuk adik Aylan serta orang-orang yang terkorban dalam pelarian ini. Semoga Aylan akan menjadi bintang syurga di atas sana.


(Sumber:www.cnn.com) 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment