Lelaki Ini Terkejut Rupa-rupanya Rasa Gatal dan Geli di telinganya berpunca dari….Mengerikan betul!!!

712121-8e8e044a-4d1f-11e5-bb8e-56aa84f91


China– Seorang lelaki berumur 19 tahun terkejut apabila rasa gatal dan geli di telinganya berpunca dari 25 ekor anak lipas yang sudah menetas dan bersarang di dalam telinganya.

Li, seorang pekerja kilang di Guandong, China pergi ke hospital untuk memeriksa rasa gatal dan geli yang dialaminya.


Li sebelum ini sudah cuba memasukkan jari ke dalam telinga dan dapat merasakan ada serangga yang bergerak-gerak di dalam telinganya.
Rakan kepada Li cuba membantu dengan menyuluh ke dalam telinga Li dengan harapan dapat menjumpai serangga terbabit namun hasilnya telinga Li nampak seperti normal.
Keesokan harinya, Li bergegas ke hospital dimana pakar melakukan imbasan endoskopi ke telinganya.
Setelah proses imbasan selesai, doktor memberitahu Li telinganya telah dihuni oleh satu ‘keluarga’ lipas.
712147-332e5ee4-4d22-11e5-bb8e-56aa84f91

Menurut laporan, seekor lipas betina telah mengeluarkan berpuluh biji telur di lubang telinga Li dan 25 darinya sudah pun menetas – yang mana saiz setiap satunya sebesar seekor nyamuk.

Pakar kemudiannya mengeluarkan lipas-lipas tersebut menggunakan satu cecair istimewa dan Li diberitahu telinganya mungkin akan “hancur” jika dia lambat mendapatkan rawatan dari pakar.
Yang Jing, seorang doktor dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguna memberitahu TVS :
“Kami mendapati satu objek berbentuk serangga menyekat saluran telinga Li sepenuhnya”, kata beliau memetik laporan MailOnline.

(Sumber:Siakapkeli.my)

Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman