Lelaki Dakwa Dipukul Guna 'Hanger' Kerana Selimut, Sering Disembur Racun Serangga Oleh Isteri

Foto : MyMetro
Kota Bharu, 30 Sept: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang bisu dan pekak mendakwa dirinya dipukul oleh isterinya menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isteri di lengan dan bahu selepas mereka bergaduh kerana selimut di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian, 5 Nov lalu.

Lelaki terbabit, Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang pekak dan bisu sejak lahir memberi keterangan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret dibantu oleh jurubahasa yang kemudian menterjemah bahasa isyarat oleh beliau.

Selain dari dipukul dengan penyangkut baju, Bazely juga turut mendakwa dia disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum dia bertindak pergi ke rumah ibunya di Bachok.

Dalam kejadian itu, saya bergaduh dengan isteri kerana dia mahu selimut.

Isteri kemudian mengambil penyangkut baju plastik dan terus memukul lengan dan bahu saya,” katanya memetik laporan myMetro.

Bazeley dan Ashiqin kini sudah bercerai selepas dua bulan berkahwin.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan, adakah dia pernah dipukul oleh Ashiqin sebelum ini, Mohd Bazely berkata ini adalah kali pertama.

Bagaimanapun, sebelum kejadian itu, dia sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Ketika Bazely disoal oleh peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili Ashiqin berhubung dakwaan adakah beliau pernah mengasari isterinya termasuk menolak sehingga keguguran, Mohd Bazely menafikan perkara itu.

Saya tidak pernah menolaknya.

Setahu saya dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung,” katanya.

Mohd Bazely bagaimanapun mengaku dia menghidap penyakit sawan namun ia berlaku sebelum kejadian dia dicederakan oleh bekas isterinya itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed  bersambung 24 November ini.

(Sumber:Siakapkeli.my)
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman