Penampakan UFO!!Bukti Kewujudan UFO seluruh dunia

Bila bercakap tentang UFO, perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya 'alien' itu?. Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?
Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam.
Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar".Namun kemudian digambarkan "berbentuk seperti sabit". Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer). Pada Julai tahun yang sama, terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561. Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya.
'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell. Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947.Selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika.Sehingga kini, terdapat banyak kes-kes UFO yang dilaporkan diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Dengan kecanggihan teknologi terkini, banyak bukti dari kes UFO berkenaan yang sempat dirakam samada dengan gambar atau video. Di bawah adalah bukti-bukti gambar penampakan UFO di beberapa buah negara dari tahun 2005 hingga 2008.

Julai 2005 di Piramid Giza, Mesir

8 Julai 2005 di Kamloops, British Columbia, Kanada

25 November 2005 di Pulau Vancouver, BC, Kanada


18 November 2005 di Norwich, UK

8 Januari 2006 di Zdany, Poland

31 Mac 2006 di San Jose,Costa Rica

May 2006 di Baghdad,Iraq

29 Mei 2006 di Ixtapa, Mexico

8 Jun 2006 di Zagreb, Crotia

26 November 2006 di Alagamar, Brazil 

Januari 2007 di Green Bay, Wisconsin USA
  
31 Mac 2007 di Pantai Redondo California,USA


31 Januari 2008 di Indiana, USA
(Sumber: vampmalaysia, ufoevidence.org )
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment