'KELUAR DARI JOHOR JIKA RASIS'






JOHOR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja mecetuskan ketegangan dan meniup api perkauman. "Mereka yang mengamalkan sikap rasis ini dinasihatkan supaya keluar dari negeri ini serta-merta. Ini bukan zaman batu. Orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor," titah baginda di laman Facebook miliknya. "Nenek moyang saya, kerajaan negeri, bangsa Johor dan saya telah bekerja keras untuk menyatukan rakyat Johor dan membawa pelabur asing bagi memajukan negeri ini. "Mereka yang menghasut bangsa Johor perlu berdepan dengan saya," tegas baginda.
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman