(Video) Seorang Lelaki Pukul Seorang Pekerja Warga Bangladesh Sedang Cuci Keretanya


Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video  yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Atie Abdul Hamid yang menunjukkan seorang lelaki bertindak biadap menampar seorang pekerja dari Bangladesh yang sedang mencuci kereta miliknya.

Berdasarkan penerangan bersama video yang dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV di premis cuci kereta, beliau mendakwa pekerja warga asing berkenaan sedang mencuci kereta milik lelaki tersebut dengan memasuki bahagian tempat duduk menyebabkan lelaki itu berang kerana menyebabkan tempat duduk keretanya kotor.

Berdasarkan penerangannya lagi, lelaki itu bertinda memukul pekerja warga asing berkenaan mungkin kerana pakaiaan pekerja Bangladesh tersebut lusuh dan nampak hina di matanya.

Selepas itu, dia dikatakan telah meminta bayaran sebanyak RM1000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya semasa pekerja Bangladesh berkenaan mengelap cermin.

Beliau juga memberitahu, mereka membawanya ke klinik dan disahkan mengalami pendarahan dan bengkak teruk menyebabkan mereka terpaksa merujuk ke hospital, walaupun berdasarkan video hanya macam pukul biasa.

Beliau juga berharap semoga lelaki berkenaan mendapat hidayah dan sudah memaafkan dan halalkan upah cuci kereta yang tidak dibayar.

Jika benar dakwaan berdasarkan video ini, ingatlah, hidup ini tidak lama, kenapa harus bertindak kejam sesama manusia yang diciptakan oleh Allah yang Maha Esa. 

(Sumber: Siakapkeli.my)


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment