' BANGLA TU MEMANG KURANG AJAR!'


PUTRAJAYA - Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan. 

Risamuddin Abd Wahab, mendakwa pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya. 


Terdahulu, pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, mendedahkan bahawa kereta jenis Range Rover yang dipandu lelaki itu milik syarikat lelaki berkenaan.

Risamuddin juga mendakwa, pemilik Car Wash itu tidak mendedahkan video dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya.

Menurut seorang pengguna Facebook, Eira Irya Annuar, yang mendakwa mengenali lelaki terbabit mendakwa, dia memang seorang yang panas baran.


"Dia ini memang baran sangat. Bini dah banyak kali lari dari rumah sebab kena pukul. Baru bulan lepas masuk lokap kes pukul bini tetapi terlepas hukuman sebab dalam proses perbicaraan dia melarikan bini dia dari family dan paksa tarik balik report," katanya.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahkan pada pihak polis untuk jalankan siasatan. 

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.

(Sumber: THEHYPEMEDIA.COM)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment