Kadar Denda Untuk Ganti MyKad Hilang Dinaikkan, Berkuatkuasa 15 Oktober Ini



PUTRAJAYA: Kadar denda bagi kehilangan MyKad akibat kecuaian telah diumumkan akan mengalami kenaikan bermula 15 Oktober.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman yang membuat kenyataan hari ini.

Berikut adalah kadar denda baru,

Hilang kali pertama: Kadar asal, RM100     Harga baru,RM100

Hilang kali kedua: Kadar asal,RM200        Harga baru,RM300

Hilang kali ketiga: Kadar asal RM300         Harga baru,RM1000

Bagaimanapun kadar baru ini dikecualikan kepada orang kurang upaya(OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

Kenaikan kadar baru ini adalah penting bagi penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.

(Sumber: Siakapkeli.my)
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman