GEMPAR! Penyelam Ini Terjumpa Anakonda GERGASI, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Amat MENGEJUTKAN !


Keghairahan seorang penyelam wanita profe­sional Brazil meneroka gua di da­sar sungai, hampir mengundang maut apabila dia terserempak de­ngan seekor ular anakonda yang disebut sebagai ular paling besar pernah ditemukan di dalam air.



Penyelam terbabit, Karina Olia­ni menemukan anakonda sepanjang lapan meter dan dianggarkan seberat 400 kilogram itu selepas empat hari melakukan aktiviti me­nyelam di Sungai Bonito, barat laut Brazil, baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyelam itu ber­nasib baik kerana ular berke­naan sedang membaham mang­sanya, sekali gus tidak mengancam Oliani.

Jurugambar yang menemani Oliani, Alexandre Socci sempat mengambil gambar dan merakamkan aksi ular gergasi itu untuk siri rancangan televisyen, Wild Ocean With Karina Oliani.

“Saya terkejut apabila melihat saiz anakonda itu yang sangat besar terutamanya di bahagian kepala, dan saya tidak dapat melihat keseluruhan badannya.

“Walaupun kami berdua tidak menjadi hidangan ular itu, tetapi reptilia berkenaan merupakan pemangsa yang liar dan tidak boleh dihampiri dengan mudah,” kata Oliani seperti dilaporkan portal Mail Online.

Oliani menceburi dunia menyelam sejak kecil dan mendapat pengiktirafan sebagai penyelam di lautan terbuka ketika berusia 12 tahun sebelum menjadi penyelam profesional sejak 2002.


(Sumber: beritasemasaku88)
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman