Penduduk Gua Musang Gempar Bom Meletup Atas Jalan, Sepasang Suami Isteri Maut



Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini.

Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.

Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah.




Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran."

"Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran," katanya.

Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politik. 

(Sumber: Siakapkeli.my)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment