Diugut Sebar Video Panas, Wanita Terpaksa Jemput Bangla Guna Kereta Untuk Diperkosa


IPOH – Seorang kerani terpaksa menjadi hamba seks kepada seorang lelaki warga Bangladesh selepas lelaki terbabit mengugut akan menyebar video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.

Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Lily, 21, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bersama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai.

Menurut Lily juga, sejak itu dia mengenali lelaki terbabit, Anwar, 27, dan hubungan mereka sama seperti rakan-rakan sekerja yang lain.

Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.

Masa tu, lelaki  tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Tambah Lily, suspek menghubungi setiap hari selepas insiden dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.

Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bercham, Lim Huey Shan berkata, dia dan 20 orang anggota sukarelawan (SRS) membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak berkuasa.

Seperti biasa mangsa mengambil suspek di tempat kerja di Simpang Pulai menaiki keretanya dan kita bertindak menghalang kenderaan tersebut serta menahan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Bercham.

Kita berbuat demikian selepas mangsa meminta bantuan supaya suspek dapat ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung insiden. 

(Sumber: Siakapkeli.my)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment