Gadis Diserang, Dibogelkan Dan Ditinggalkan Di Tepi Jalan


SIK: Seorang gadis berumur 21 tahun menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dia dikatakan telah diserang oleh  dua wanita dan seorang lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Awien, 21, menceritkan tentang kejadian berkenaan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, dekat sini.

“Saya terpaksa mencari daun untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan hanya berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter untuk meminta bantuan sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid dan diberi pakaian,”ceritanya.

Punca kejadian ini katanya berlaku akibat perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang, mangsa yang sedang menunggu teksi di sebuah pusat siber berhampiran Masjid Aman untuk pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya.

Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu. 

(Sumber: hmetro)
Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman