"Apahal Terkial-Kial Makan? Lembablah Awak ni", Kisah Suami Isteri Ini Dapat Lebih 11,000 Perkongsian


Satu perkongsian dari Siti Khadijah di Facebook mengenai satu insiden yang disifatkan olehnya sebagai "Fenomena sakit mata" menjadi viral di media sosial.

Siti Khadijah menceritakan satu kejadian yang dikatakan terjadi di AEON AU2 dimana seorang isteri terkial-kial untuk makan sambil ditemani oleh suami yang sedang menghadap telefon.

Perkongsian penuh dari Siti Khadijah :

Fenomena sakit mata. Kesian betul tengok si isteri terkial2 nak makan. Dah lah makanan isteri yg belikan dan bawa ke meja. Anak2 bercerakau kat meja bapa buat dekkkk je. Isteri dtg terkejar2 bawa makanan buat suami dan anak2. Lepas tu berkejar pulak beli air.

Suami still buat dekkkkk je. Dah bawa air susun depan mata hubby terus makan tapi si isteri bahagikan makanan utk anak2 yg lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun and ada baby mungkin dlm 7 bulan dlm stroller. Selesai utk anak2 ibu baru nak makan si kecil menangis. Ibu pun ambil dan dukung sambil makan.

Hubby dah selesai makan kot nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil phone dan ngadap phone. Isteri terkial2 makan. 15 minit berlalu dengar suami marah 'Apahal terkial kial makan? Lembablah awak ni'.

Maaf aku memang tak sabar tengok benda macam ni and maaf kalau ko rasa malu tapi apa aku cakap memang betul.

Aku bangun dan pergi cakap kat mamat tu..."Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak2 yg makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbangrasalah. Sorry saya tegur sbb saya tak boleh tengok."
Its me.....sorry. - Siti Khadijah.

Boleh kita kategorikan lelaki ini sebagai kategori lelaki dayus? -

(Sumber: Siakapkeli.my )

Share on Google Plus

About Muhammad Fakhruzzaman