HARIMAU BINTANG TERSEKAT KEPALA DALAM PERIUK


[Image: _85845182_rajasthan-leopard2.jpg]
[Image: 500x338xpanther2.gif.pagespeed.ic.-PvRo82CtQ.jpg]

RAJASTHAN (India), 1 Oktober: Seekor harimau bintang jantan terpaksa menghabiskan masa lima jam dengan kepalanya terperangkap dalam periuk logam di sebuah kampung di utara India, Rajasthan.

Penduduk tempatan memberitahu pemberita yang dilaporkan BBC, bahawa haiwan itu muncul untuk mencari air dan makanan, sebelum kepala harimau bintang malang itu terperangkap dalam peruk.

Berikutan itu, haiwan tersebut berada dalam keadaan keliru dan takut sebelum merayau di sekitar kampung kerana dengan penduduk tempatan mula mengambil gambar dan video.

Pegawai-pegawai hidupan liar akhirnya cuba melepaskan kepala harimau bintang menggunakan gergaji bertujuang membuang periuk tersebut dari kepalanya.

Bancian hidupan liar baru-baru ini menganggarkan bahawa India mempunyai populasi harimau bintang di antara 12,000 hingga 14,000 ekor di negara itu. - TRP
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment