Kerana Cemburu, Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Maut Dikelar


Seorang pelajar perempuan tingkatan 5 ditemui maut selepas dikelar di bahgian leher dalam setu kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Teluk Kumbar di sini, malam semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, mayat Intan Suraya Mawardi,17 ditemui oleh bapanya ditemui di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.

Semasa kejadian, bapa mangsa yang baru pulang telah memangil anak perempuannya itu tetapi tidak disahut membuatkan dia terus ke bilik mangsa dan mendapati anaknya itu sedang baring dibaluti selimut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, bapa mangsa bertindak menyelak selimut anaknya dan terkejut apabila mendapati dia sudah tidak bergerak lagi.

"Bapa mangsa juga melihat terdapat kesan kelar di bahagian leher dan ada kesan darah pada anaknya itu.

"Cemas dengan keadaan itu, bapa mangsa terus menghubung ambulans dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia"katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Salawati berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan pergelutan yang berlaku di dalam bilik mangsa.

Namun hari ini, pihak  polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah di Bayan Lepas.

Suspek direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.

"Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu, setakat ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat," katanya. 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment