KERANA BERHUTANG YURAN TUISYEN, WAJAH PELAJAR DIGANTUNG DI KAIN RENTANG


Selangor, 5 Okt - Tindakan sebuah pusat tuisyen di Sungai Long, Kajang memaparkan wajah empat murid yang berhutang yuran tuisyen di kain rentang mendapat kritikan ramai, lapor akhbar harian Cina.

Kain rentang itu dipasang di beberapa kawasan di Sungai Long dan CHeras pada petang Jumaat.

Setelah perkara itu tersebar di media sosial, orang ramai mula mengkritik tindakan itu dengan menyifatkan ia seolah-olah seperti perbuatan seorang Ah Long.

Bagaimanapun, operator pusat tuisyen terbabit menafikan memasang kain rentang itu dan berkata dia mengenali dua dari empat murid yang tidak membayar yuran.

Menurutnya juga, pusat tuisyen itu sudah tujuh tahun beroperasi dan sudah meminta ibu bapa murid untuk segera menyelesaikan yuran.

Salah seorang ibu dari empat kanak-kanak tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ling berkata kepada Guang Ming Daily, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh kawannya.

Ling mengaku dia menghadapi masalah kewangan dan berhutang RM 600 dengan pusat tuisyen terbabit.

Ling turut berkata, walaupun tindakan pusat tuisyen itu melamapu, dia akan tetap menyelesaikan yuran tertunggak dan menuntut permohonan maaf dari pusat tuisyen tersebut.

Mengulas tindakan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Balakang, Eddie Ng menggesa ibu bapa murid-murid yang terlibat supaya segera menghubunginya supaya dia boleh membantu membuat laporan polis.

"Kami akan tuntut permohonan maaf dari pusat tuisyen itu," katanya memetik laporan mStar Online
(Sumber:Siakapkeli.my)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment