Gara-Gara Selfie Dengan Peminat, Lelaki Kacak Ditahan Polis




Manama: Seorang pelakon Arab Saudi ditahan polis di sebuah pusat memebeli belah di ibu kota Riyadh kerana bercampur dengan wanita bukan muhrim apabila dia tidak menyangka sambutan yang hangat dari peminat-peminatnya.

Abdul Aziz Al Kassar, dari Kuwait, ditahan pada Jumaat petang oleh Polis Pencegah Maksiat ketika dia dikerumuni oleh beberapa wanita yang mengambil gambar selfie bersamanya.

Menurut polis, artis berkenaan ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam, bercampur dengan wanita bukan muhrim dan menyalahguna media sosial.


Bagaimanapun, Al Kassar dilepaskan tidak lama selepas itu.

"Saya tanya follower saya di Snapchat tentang pusat membeli belah terbaik untu pergi dan mereka mencadangkan Al Nakheel, jadi saya ambil cadangan mereka dan menulis di sosial media yang saya akan pergi ke sana pada Jumaat.", kata Abdul Aziz.

"Bagaimanapun, saya tak menjangka ramai orang menunggu kedatangan saya. Saya mahu menjelaskan kehadiran wanita-wanita muda di pasaraya ketika itu bukan di bawah kawalan saya.



"Bila saya melangkah masuk, beberapa peminat datang mengerumi saya sehingga ada seseorang datang dan menarik saya masuk ke dalam sebuah bilik yang saya difahamkan(bilik itu) khas untuk Pegawai Pencegah Maksiat.

"Apa yang saya faham lelaki yang menarik saya adalah pegawai Polis Pencegah Maksiat jadi saya tidak melawan atas rasa hormat kepada badan itu", katanya memetik laporan Saudi News.

Al Kassar menambah pihak Polis Pencegah Maksiat dan pihak pusat membeli belah patut memberi amaran kepadanya tentang kehadiran peminatnya yang ramai.

"Mereka tidak memberitahu saya untuk menghindari dan untuk berjumpa mereka(peminat) adalah lebih bagus", katanya.

Al Kassar dituduh menggunakan media sosial untuk bertemu wanita dan mengambil gambar bersama mereka di dalam pusat membeli belah. 
-(Sumber:Siakapkeli.my )
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment