PEKERJAAN PALING MENAKUTKAN DAN BERBAHAYA DI DUNIA

Orang ramai selalu menganggap yang perkerjaan merekalah yang paling susah untuk dilakukan di dunia dan merupakan pekerjaan paling teruk padahal tak semestinya begitu.
Kita seharusnya bersyukur dengan pekerjaan yang dimiliki apabila habis membaca artikel ini kerana kita tidak nerasai kesengsaraan dalam pekerjaan seperti pekerja-pekerja di bawah ini.
Skuad Penghapus Bom
skuad penghapus bom
Mereka yang diamanahkan untuk melakukan tugas sebagai skuad penghapus bom wajib mempunyai skil yang tinggi dan sangat terlatih. Kebolehan untuk bekerja di bawah tekanan tinggi adalah satu kemestian! Mereka mengambil masa selama setahun latihan untuk membolehkan mereka layak berada dalam skuad penghapus bom dan ancama untuk kehilangan nyawa sendiri adalah satu perkara biasa.
Pekerja Pelantar Minyak
pekeja pelantar minyak
Pekerjaan yang dilakukan di pelantar minyak adalah pekerjaan buruh intensif yang akan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang hebat. Gaji dikira berpandukan masa bekerja dan seseorang pekerja boleh memulakan pekerjaan sebagai pekerja di pelantar minyak dari peringkat bawah dan akan meningkat ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan prestasi.
Bomba dan Penyelamat
bomba dan penyelamat
Sekarang, seorang bomba dan anggota penyelamat menjadi seperti seorang hero, tetapi menjadinya memerlukan kekuatan mental, fizikal dan kerjasama dalam pasukan. Situasi kecemasan memerlukan seseorang sentiasa peka dengan setiap keadaan. Pekerjaan ini sangat berisiko dan membabitkan nyawa. Ramai yang berhenti setelah beberapa tahun terlibat dengan operasi menyelamat ini.
Angkasawan
angkasawan
Angkasawan bekerja dalam suasana kerja yang sangat susah dijumpai dalam pekerjaan lain. Untuk menjadi seorang angkasawan, banyak masa diperlukan dalam bilik dengan persekitaran terkawal, bilik simulasi, dan kelas. Apabila mereka tidak berada di sana, mereka akan melakukan latihan untuk kekuatan fizikal. Kadang-kadang, mereka bekerja sehingga 100 jam seminggu. Fuh!
Polis Rusuhan
polis rusuhan
Polis rusuhan dilatih di bawah beberapa jabatan Polis untuk membantu mengawal rusuhan yang melampau. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan untuk memeriksa aktiviti keganasan dan mereka berlatih untuk mengguna beberapa alat seperti kenderaan tentera, mercun air, pistol kejutan elektrik dan gas pemedih mata.
Penangkap Ketam
penangkap ketam
Menangkap ketam di Alaska adalah salah satu pekerjaan paling berbahaya di dunia apabila ia adalah salah satu pekerjaan yang mencatatkan angka kematian paling ramai sehingga hari ini. Penangkap ketam terpaksa bekerja dalam keadaan cuaca yang ekstreme dan pendapatan mereka adalah bergantung kepada dapatan sepanjang tahun.
Construction Site Labor
buruh kawasan pembinaan
Pendapatan bagi pekerjaan sebagai buruh kawasan pembinaan adalah pendapatan harian dan seperti juga penangkap ketam, mereka terpaksa bekerja dalam keadaan cuaca ekstreme untuk menyiapkan sesuatu binaan mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun cuaca sangat panas pada musim panas atau sejuk hingga ke tulang sum sum pada musim sejuk, mereka terpaksa meneruskan juga.
Pekerja Penyelenggaran Bangunan
pencuci bangunan
Pernah tak korang tengok manusia yang bergantungan di bangunan-bangunan tinggi, mencuci tingkap dan sebagainya? Merekalah pekerja penyelenggaran bangunan. Walaupun ciri-ciri keselamatan mereka sangat dititikberatkan dan diikuti dengan ketat serta peluang tipis sangat untuk salah, tapi jika berlaku kesalahan itu, nyawa menjadi taruhan!
Juruterbang Percubaan
juruterbang
Pekerjaan ini bukanlah untuk orang yang baru bermula. Juruterbang percubaan adalah mereka yang sangat terlatih dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan aeronautik. Tugas utama mereka adalah untuk melakukan penerbangan percubaan bertujuan untuk kajian dan pembangunan!
Pekerja Pembetungan
pekerja pembetungan
Pernah tak korang tengok filem dengan pekerja pembetungan yang menakutkan? Sesungguhnya, seseorang memerlukan telinga kebal dan ego yang rendah untuk masuk ke sistem pembetungan dan menghadap segala macam najis dan bersedia dengan penyakit yang berkemungkinan besar akan dihidapi. Pastinya pekerjaan yang sangat tidak selesa!
Menakutkan bukan? Jadi, walaubagaimana perit pun hidup kita, walaubagaimana penat pun kerja yang kita lakukan, ingatlah yang masih ramai yang hidup mereka lebih perit dan lebih penat daripada kita. Syukur kita masih hidup dengan aman dan bukannya menjadikan kesyukuran itu barang mainan dan ejekan. Wallahu a’lam.


(Sumber:  Fuh.My )
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment